
Adakah kita di ambang kemusnahan? Manusia telah lama mempunyai keupayaan untuk memusnahkan diri sendiri. Dan nampaknya tiada usaha besar daripada umat manusia untuk mengurangkan risiko. Jadi, adakah kita hampir? Adakah satu atau lebih kuasa nuklear bersedia untuk “menarik picu”? Adakah perubahan iklim akan memusnahkan kita semua? Bagaimana pula dengan ancaman ‘disinformasi’ yang semakin hampir? Adakah itu akan menjadi punca kepupusan umat manusia? Jika soalan itu diajukan kepada Bulletin of Atomic Scientists, jawapannya ialah kita kini lebih hampir ke arah pemusnahan berbanding mana-mana masa dalam sejarah, dan ketiga-tiga punca tersebut menyumbang kepada bahaya itu. Apa kata firman Tuhan?
